Hati-hati - Selsema Babi Sudah Jadi Influenza A(H1N1)

5/04/2009 03:38:00 PTG Dicatat oleh kebalz

Bermula 30 April 2009 pihak WHO secara rasmi menamakan wabak ini sebagai wabak influenza A(H1N1) dan bukan lagi wabak swine flu atau selesema babi. Tahap amaran wabak masih pada fasa 5.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan.

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau email kepada cprc@moh.gov.my

Untuk maklumat penuh dan pelbagai pautan berguna berkaitan dengan Influenze A(H1N1) sila kunjungi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan ini.

Umum mengetahui bahawa wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. Sudah 81 orang maut di Mexico, dijangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Sebahagian tulisan dalam posting ini dipetik daripada laman Caca-Marba Blogspot.


Anda boleh catatkan komen untuk catatan ini.

0 Komen bagi "Hati-hati - Selsema Babi Sudah Jadi Influenza A(H1N1)"

Catat Ulasan