Jin - Pesanan Al Ustaz Hj Ismail Kamus

7/10/2009 12:23:00 PTG Dicatat oleh wak-murai
Makluman berhubung dengan bangsa Jin dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sebagai bahan ilmu kita bersama. Ringkasan daripada kuliah Al fadhil Ustaz Haji Ismail Kamus.



  1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
    Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
    puluh ribu tahun lamanya.

  2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
    menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
    melaknat dan perintah turun ke bumi.

  3. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

  4. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
    Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
    Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

  5. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
    Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
    suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
    ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
    menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
    adik-beradik jin lah tuu.

  6. Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
    lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
    kubur.

  7. Beliau menasihat apabila ingin buang air di
    perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca "Sala
    Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
    Mengikut sirahnya Jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
    pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

  8. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
    jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
    nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
    memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
    Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
    Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
    tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
    hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
    tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
    pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
    Sulaiman telah mangkat.

  9. Manusia juga dilarang membuang air di
    lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
    tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
    larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

  10. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
    yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
    situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
    surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
    hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
    suka sangat menepung tawar !!!

  11. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
    ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
    kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
    yang di rasuk.


  12. Nota:

    *Maklumat ini adalah untuk sebaran umum buat semua muslimin dan muslimat. Ilmu yang bermanfaat adalah antara amal yang berkekalan ganjaran pahalanya untuk orang yang mengajarkannya (kepada orang lain) meskipun dia (yang mengajar itu) sudah mati.





Anda boleh catatkan komen untuk catatan ini.

0 Komen bagi "Jin - Pesanan Al Ustaz Hj Ismail Kamus"

Catat Ulasan