Sejak awal penubuhan surau Al Falah lagi, program usrah bulanan/ mingguan adalah antara aktiviti cetusan idea pengerusinya, Ustaz Ahmad Mohamed, yang sentiasa diberikan penekanan dan galakkan oleh beliau agar dapat disambut secara positif oleh para ahli kariahnya. Sehingga ke hari ini, dari masa ke semasa, ia terus dilangsungkan mengikut kesempatan masa yang ada.
Matlamat utama program ini ialah untuk menguatkan lagi ikatan silaturrahim antara masyarakat muslim dan ahli kariah surau Al-Falah, Seksyen 8, Kota Puteri.
Majlis Usrah pertama buat tahun ini (2009) telah dianjurkan oleh saudara Mohd Hanim pada 4 April. Program yang dilangsungkan selepas solat isyak itu dimulakan dengan tazkirah ringkas daripada Ustaz Ahmad, ia kemudiannya di ikuti dengan bacaan yasin serta doa selamat.
0 Komen bagi "Usrah Lorong F - Majlis Pembukaan 2009"