Khusyuk Dalam Solat? 15 Langkah Untuk Anda Cuba!

7/10/2009 02:45:00 PTG Dicatat oleh wak-murai

Mahu solat anda khusyuk dan kebal daripada sebarang gangguan terhadap hati dan fikiran. Ada 15 punca yang perlu anda perhatikan, sama ada sewaktu dalam persekitaran solat ataupun di luar persekitaran solat anda...

  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran.



  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

  14. Menyedari hakikat yang ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambaNya

  15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih


Keberkatan nan sentiasa hendaknya daripada Allah Taala, di dunia dan akhirat... Amiin!


Anda boleh catatkan komen untuk catatan ini.

1 Komen bagi "Khusyuk Dalam Solat? 15 Langkah Untuk Anda Cuba!"

  1. wak-murai Said,

    salam

    terima kasih bebanyak kerana mencantikkan lagi blog

    yg aku tau cari artikel yang sesuai
    pastu upload aje

    kalau tak kisah nanti aku upload lagi......

    Posted on 21 Julai 2009 pada 1:27 PTG

     

Catat Ulasan