Adun Kuang, YB Abdul Shukor telah melakukan lawatan mengejut ke Seksyen 8, Kota Puteri, pada 31 Julai baru-baru ini.
Sedikit sebanyak ia mewujudkan satu impak kepada penduduk di sini. Sekurang-kurangnya sebahagian penghuni kini tahu siapa yang telah diamanahkan untuk mewakili suara mereka di peringkat persidangan Dewan Undangan Negeri, negeri Selangor.
Dalam lawatannya itu, beliau yang disertai tenaga kerjanya telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama penduduk di sini.
Beliau turut mengenalpasti beberapa warga emas dan ibu tunggal yang sepatutnya mendapat bantuan dari kerajaan pusat. Justeru itu, beliau telah berjanji akan mencuba sedaya-upaya bagi memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan yang sewajarnya.
Dalam pada itu, beliau juga sempat menghulurkan sumbangan makanan kepada beberapa orang warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di sini.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada YB dan tenaga-kerjanya.
Pengerusi Persatuan Penduduk
Seksyen 8 Kota Puteri

0 Komen bagi "Lawatan YB Abdul Shukor"