10 Kebaikan Silaturrahim

4/26/2009 07:34:00 PG Dicatat oleh kebalz
Abul Laits Samarkhand berkata: “Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat (atau di zaman sekarang melalui telefon) dan jika dapat diziarahi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi 10 keuntungan iaitu:



  • Mendapat keredhaan Allah s.w.t. (sebab Allah s.w.t. menyuruh bersilaturrahim)

  • Menggembirakan mereka (kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mukmin)

  • Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim

  • Mendapat pujian kaum muslimin

  • Memberi kebencian kepada iblis laknatullah

  • Menambah umur

  • Menjadi berkat rezekinya

  • Menyenangkan mereka yang telah mati (kerana ibu bapa yang telah meninggal gembira jika anak cucunya bersilaturrahim)

  • Memupuk rasa cinta di kalangan keluarga

  • Bertambahnya pahala




Anda boleh catatkan komen untuk catatan ini.

0 Komen bagi "10 Kebaikan Silaturrahim"

Catat Ulasan