Kp8 - Wadah Blog untuk Penghuni Sek. 8

4/26/2009 07:03:00 PG Dicatat oleh kebalz
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli-ahli Persatuan Penduduk Seksyen 8 Kota Puteri (PPS8KP). Buat julung kalinya Jawatankuasa PPS8KP yang telah diamanahkan untuk menerajui PPS8KP melalui Mesyuarat Agung Kali Ke-3 pada 23 Mac 2009 lalu, akhirnya berjaya menerbitkan sebuah laman bloq untuk tatapan dan insya'Allah juga untuk menjadi wadah maklumat untuk kita semua.


Blog ini sedikit sebanyak akan melengkapi naskhah Buletin PPS8KP yang sebelum ini telah diterbitkan dengan kekerapan setiap dua bulan sekali. Sepertimana Buletin PPS8KP blog ini akan memuatkan pelbagai berita persatuan, aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan, berita ahli di sana-sini, karya kreatif ahli dan sebagainya untuk dikongsi bersama dengan semua ahli. Manakala bagi individu atau syarikat yang ingin mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka di dalam laman blog ini boleh berbuat demikian dengan menghubungi Setiausaha PPS8KP. Sedikit bayaran akan dikenakan, bergantung kepada saiz dan ruang iklan.

Adalah diharapkan kewujudan blog ini akan dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara Jawatankuasa dan semua ahli. Semoga kita akan dapat merealiasisasikan hala tuju persatuan ini ke arah menjadikan Kota Puteri sebagai sebuah taman perumahan yang indah, selamat dan harmoni.


Anda boleh catatkan komen untuk catatan ini.

2 Komen bagi "Kp8 - Wadah Blog untuk Penghuni Sek. 8"

  1. wak-murai Said,

    apakah bahan -bahan yang perlu diterbitkan lagi saya akan cuba sediakan

    Posted on 7 Mei 2009 pada 2:34 PTG

     
  2. kebalz Said,

    Hmm sebarang bahan yg berkaitan dengan Kp8... dialu-alukan. TQ

    Posted on 11 Mei 2009 pada 4:23 PTG

     

Catat Ulasan