Zina dan Implikasinya - Bacaan Penting Buat Muslimin

8/07/2009 12:18:00 PTG Dicatat oleh wak-murai
Zina akan berterusan walaupun selepas diijabkabul... ?

Kandungan bacaan ini adalah sebagai bahan makluman dan pedoman diri semua muslim. Semoga ia mengingatkan diri kita, sebagai muslim, usaha kena sentiasa berterusan untuk memastikan diri kita tidak terperangkap dalam kejahilan beragama dan beramal dalam kejahilan, na'udzubillah.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama 'ini', dewasa ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu!

Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, maka cepat-cepat mereka dikahwinkan.

Jika demikian perkara yang berlaku, hakikatnya nikah/ ijabkabul itu TIDAK SAH, dan akibat daripada itu maka pasangan itu kelak hidup dalam keadaan zina sampai bila-bila... Na'udzubillah!.

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ia amat penting:

Soalan 1
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1
Gadis itu tidak boleh berkahwin, sehingga bayi itu dilahirkan
.

Soalan 2
Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3
Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4
Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5
Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah


Soalan 6
Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7
Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8
Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8
Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9
Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. Kesimpulannya, para ibu-bapa, saudara-mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan para saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun diakhirat...


Allahu'alam.



Anda boleh catatkan komen untuk catatan ini.

1 Komen bagi "Zina dan Implikasinya - Bacaan Penting Buat Muslimin"

  1. kebalz Said,

    Mmm... pada pendapat saya adalah lebih selamat dan lengkap kiranya bahan sebegini disertakan dengan sumber rujukan atau dalil (sama ada AQ, AS atau sebarang kitab yang muktabar). Apabila sesuatu itu dapat dipastikan puncanya dari sumber yang betul dan sahih, maka ia akan dapat di terima dengan mudah insya'Allah. Tapi poin utama dalam hal ini, elakkan diri dari zina!!!

    Posted on 8 Ogos 2009 pada 4:09 PTG

     

Catat Ulasan