Kalendar Surau Al Falah

4/26/2009 07:49:00 PG Dicatat oleh kebalz
Surau Al Falah sejak awal pembentukannya lagi, sentiasa merancang dan melaksanakan idea yang matlamatnya, selain daripada mendapatkan keredhaan Allah SWT, juga adalah untuk mengukuhkan tali persaudaraan dan menambahkan kemesraan di kalangan penghuni muslim seksyen 8, Kota Puteri. Antara aktiviti yang sering dilakukan dari masa ke semasa ialah Program Usrah dari Rumah ke Rumah, Kuliah Mingguan, Ceramah Khas dan bacaan tahlil dan Yassin mingguan. Berikut adalah jadual terkini program yang telah dan akan dilaksanakan untuk bulan-bulan berikut, yang dipetik dari siaran Buletin Al Falah.

Buat semua penghuni muslim seksyen 8, penyertaan anda semua amatlah dihargai, semoga setiap usaha tuan/ puan semua untuk program ini akan dibalas Allah SWT dengan ganjaran kebaikan yang besar, baik di sini mahupun di 'sana' nanti.



April

  • Usrah Lorong F (Rumah Sdr Hanim) - 4 April

  • Ceramah Maulidil Rasul (Us. Roslan Muhammad) - 5 April

  • Kuliah Maghrib (Solat) – Ahad malam Isnin / minggu 1 & 3

  • Majlis bacaan Yaasin - setiap malam Jumaat



Mei

  • Usrah Lorong G (Rumah Sdr Ghani) - 2 Mei

  • Kursus Pengurusan Jenazah (wanita) - 10 Mei

  • Kuliah Maghrib (Solat) – Ahad malam Isnin / minggu 1 & 3

  • Majlis bacaan Yaasin - setiap malam Jumaat



Jun

  • Usrah Lorong E

  • Kuliah Maghrib (Solat) – Ahad malam Isnin / minggu 1 & 3

  • Majlis bacaan Yaasin - setiap malam Jumaat




Anda boleh catatkan komen untuk catatan ini.

1 Komen bagi "Kalendar Surau Al Falah"

  1. wak-murai Said,

    saya akan bagi jadual baru aktiviti surau AL FALAH.

    kalau bleh tambah album gamabar aktiviti

    Posted on 3 Julai 2009 pada 12:40 PTG

     

Catat Ulasan